Masjid Terbaik Pengimarahan dan Khidmat Masyarakat Pulau Pinang 2008
Monday, 21 February 2011
ASSIGNMENT CTU 151
TAJUK:
Sejarah Penubuhan, Peranan dan Kegiatan Agama di Masjid di Kariah Saya.
DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abd Aziz Bin Harjin
Pensyarah CTU151
DISEDIAKAN OLEH:
Atia Binti Abdul Jawad
No. Matrik: 2010411958
Kumpulan: ASD2Fn
PROGRAM:
Diploma Sains
(AS120)
TARIKH HANTAR:
21 Februari 2011
ISI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN
TAJUK
Sejarah Penubuhan, Peranan dan Kegiatan Agama di Masjid di Kariah Saya.
1. Isi Kandungan
2. Abstrak
3. Pendahuluan
4. Konsep Masjid
5. Huraian
6. Sejarah Penubuhan Masjid
7. Organisasi Masjid
8. Kemudahan yang disediakan
9. Kegiatan Masjid
10. Masalah
11 Penyelesaian
12. Penutup
13. Bibliografi
ABSTRAK
ABSTRAK
TAJUK
Sejarah Penubuhan, Peranan dan Kegiatan Agama di Masjid di Kariah Saya.
Sejarah merupakan pembelajaran mengenai masa lampau terutamanya menggunakan catatan bertulis. Teknologi baru seperti fotografi dan teks fail komputer juga digunakan untuk mengarkib sumber. Apabila berbincang mengenai bidang kajian, sejarah merujuk kepada sejarah manusia yang berkenaan catatan mengenai masyarakat lampau. Mereka yang mengkaji sejarah dikenali sebagai ahli sejarah atau pakar sejarah. Pakar sejarah menggunakan pelbagai sumber termasuk penulisan atau bahan bercetak, temuramah yakni berupa sejarah lisan dan arkeologi. Pendekatan berbeza mungkin lebih kerap digunakan, bergantung kepada tempoh masa kajian tersebut dibuat. Sejarah yang berlaku sebelum rekod manusia dikenali sebagai pra-sejarah. Penubuhan pula membawa maksud perihal menubuhkan sesuatu syarikat, persatuan, bangunan dan lain-lain. Peranan juga memberi erti bahagian yang dipegang tidak kira sama ada sandiwara, pekerjaan mahupun tugas. Kegiatan merupakan perihal atau keadaan giat, kecergasan atau perkataan lain adalah aktiviti. Manakala, definisi agama pula ialah kepercayaan pada Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya, kepercayaan pada yang Maha Kuasa, dan menurut sumber yang lain pula ialah kepercayaan pada sesuatu dewa dan lain-lain yang dipuja dan sebagainya dan dianggap sebagai sesuatu yang amat berkuasa. Pengertian kariah pula bermaksud kawasan yang didiami oleh penduduk yang berkongsi masjid atau surau seperti yang terkandung dalam persoalan yang perlu saya kupas. Masjid (مسجد) ialah rumah, tempat ibadah umat Muslim. Masjid ialah tempat beribadat yang khusus, seperti solat dan iktikaf bagi orang Islam. Dari sudut bahasa,"masjid" bermaksud tempat bersujud. Akar kata daripada masjid adalah sajada yang membawa erti sujud atau tunduk. Kata masjid sendiri berakar daripada bahasa Aram. Kata masgid (m-s-g-d) ditemukan dalam sebuah inskripsi dari abad ke-5 sebelum Masihi. Kata masgid (m-s-g-d) ini bererti "tiang suci" atau "tempat sembahan". Kata masjid dalam Bahasa Inggeris disebut mosque. Kata mosque ini berasal daripada kata mezquita dalam bahasa Sepanyol. Dan kata mosque kemudian menjadi popular dan dipakai dalam bahasa Inggeris secara luas. Manakala, masjid yang agak kecil saiznya, disebut musholla, langgar dan atau surau. Selain tempat ibadah, masjid juga merupakan pusat kehidupan komuniti muslim. Kegiatan - kegiatan perayaan hari besar, perbincangan atau musyawarah, kajian agama, ceramah dan pembacaan serta pembelajaran Al-Qur'an sering dilaksanakan di masjid. Bahkan dalam sejarah Islam, masjid turut memegang peranan dalam aktiviti sosial kemasyarakatan hingga ke soal ketenteraan. Bangunan ini juga merupakan pusat kebudayaan, muamalat, dan perkembangan dakwah Islamiah serta pusat aktiviti umat Islam. Masjid tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, tetapi bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat. Sejak zaman permulaan Islam lagi (Rasulullah s.a.w.), kemajuan umat dan gerakan Islam semuanya bermula daripada masjid. Masjid telah dijadikan sebagai tempat untuk berkumpul, bertukar pendapat dan merancang strategi yang tidak terhad kepada bidang dakwah malah perdagangan, perundangan dan penyebaran ilmu serta pelbagai lagi. Terdapat beberapa pertikaian mengenai takrif masjid. Ada mereka yang mengistilahkan semua tempat bersolat sebagai masjid. Bagaimanapun, takrif yang biasanya diterima guna adalah bahawa masjid merupakan tempat khas untuk bersolat dan telah digunakan untuk solat Jumaaat melebihi tiga kali. Tempat solat yang tidak mengadakan solat Jumaat lebih dikenali sebagai surau atau musalla. Ada 3 masjid utama yang dimuliakan umat Islam :
- Masjidil Haram di Makkah - tempat Ka'bah, kiblat solat umat Islam.
- Masjid Nabawi di Madinah.
- Masjidil Aqsa di Al-Quds (Jerusalem), Palestin.
Di Malaysia, pembahagian tempat beribadat dibahagikan kepada beberapa pecahan iaitu:-
- Masjid Negara
- Masjid Negeri
- Masjid Daerah
- Masjid Qaryah
- Surau
PENDAHULUAN
PENDAHULUAN
Segala puji dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan kehendak-Nya, tugasan mengenai sejarah penubuhan, peranan dan kegiatan agama di masjid di kariah saya ini dapat diselesaikan dan dilengkapkan menepati masa yang telah diperuntukkan. Secara intihanya, tugasan ini adalah bertujuan untuk melestarikan tuntutan agar masyarakat didedahkan mengenai kronologi sejarah penubuhan sesebuah masjid di kariah mereka, sekali gus mengetahui peranan dan kegiatan agama yang acap kali diadakan dan dianjurkan oleh institusi keagamaan di kariah masing-masing tanpa ketinggalan untuk turut serta dalam aktiviti berkenaan. Secara tidak langsung, saya juga diberi kesempatan untuk mengenali dengan lebih dekat mengenai sejarah sebenar penubuhan masjid di kariah saya dan mengetahui lebih lanjut tentang fungsi utama tertubuhnya sebuah masjid serta mengetahui serba sedikit mengenai aktiviti-aktiviti yang pernah dijalankan dan sedia ada di kawasan tempat tinggal saya.
Pada awal kajian mengenai tugasan ini, saya telah pergi ke pejabat imam di masjid dalam kariah saya untuk mendapatkan informasi yang lebih mendalam mengenai organisasi masjid yang terdiri daripada ahli jawatankuasa yang menetap berdekatan dengan kawasan masjid ini sahaja. Rentetan daripada itu, alhamdulillah, tugasan ini menjadi lebih mudah bagi saya kerana saya diberi peluang untuk ke rumah imam, Muhamad Hafidz Hakimy Bin Md. Ariff dan bilal, Hasbullah Bin Abu Hasan @ Hassan untuk menemu bual mereka bagi melengkapkan lagi maklumat yang saya perlukan mengenai sejarah penubuhan, peranan serta kegiatan agama yang berjalan di kawasan tempat tinggal dan komuniti saya ini. Di samping itu, saya juga ada mengambil beberapa keping gambar di perkarangan masjid dalam kariah saya serta beberapa keping lagi yang menyentuh mengenai aktiviti kemasyarakatan serta kegiatan yang berkaitan yang telahpun mendapat sambutan daripada komuniti dan masyarakat di sini umumnya. Gambar-gambar tersebut ada saya selitkan pada bahagian lampiran sebagai bahan rujukan.
Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Abdul Aziz Bin Harjin selaku pensyarah CTU yang telah banyak memberi ilmu pengetahuan dan tunjuk ajar kepada saya dalam proses menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada sahabat-handai yang tidak jemu-jemu memberi penerangan dan pandangan mereka. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada kedua-dua ibu dan bapa saya yang telah banyak memberi dorongan dan sokongan kepada saya serta banyak menitipkan kata-kata semangat kepada saya serta kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang bertungkus-lumus dalam menjayakan tugasan ini.
Akhir sekali, saya memanjatkan sekali lagi rasa syukur kepada Ilahi kerana perjalanan untuk melaksanakan tugasan ini berjalan dengan lancer dan saya amat berharap agar hasil tugasan saya yang kerdil ini dapat memberi sedikit sebanyak impak positif dan pendorong kepada golongan muda untuk lebih mendekatkan diri untuk mengenali dan berkunjung ke masjid.
KONSEP MASJID
KONSEP MASJID
Sejarah Masjid
Masjid Raya Baiturrahman, Banda Aceh |
Menara-menara serta kubah masjid yang besar, seakan-akan menjadi saksi betapa gemilang dan jayanya Islam pada abad pertengahan. Masjid telah melalui serangkaian tahun-tahun terpanjang dalam penulisan sejarah sehingga sekarang. Mulai daripada Perang Salib sehingga Perang Teluk. Selama lebih daripada 1000 tahun pula, seni bina dan rekaan masjid perlahan-lahan mulai menyesuaikan bangunan masjid dengan reka bentuk yang lebih moden.
Masjid pertama
Ketika Nabi Muhammad s.a.w. tiba di Madinah, baginda memutuskan untuk membina sebuah masjid, yang kini dikenali dengan nama Masjid Nabawi, yang bermaksud Masjid Nabi. Masjid Nabawi terletak di pusat Madinah. Masjid Nabawi dibangun di sebuah lapangan yang luas. Di Masjid Nabawi, juga terdapat mimbar yang sering dipakai oleh Nabi Muhammad s.a.w. Masjid Nabawi menjadi jantung kota Madinah pada saat itu. Masjid ini digunakan untuk kegiatan politik, perancangan kota, menentukan strategi tentera dan untuk mengadakan perjanjian. Bahkan, di kawasan sekitar masjid digunakan sebagai tempat tinggal sementara oleh orang-orang fakir miskin.
Pada masa ini, Masjidil Haram, Masjid an-Nabawi dan Masjid al-Aqsa adalah tiga buah masjid tersuci di dunia.
Penyebaran masjid
Masjid kemudiannya dibina dan dibangunkan di daerah luar Semenanjung Arab, seiring dengan kaum Muslim yang bermukim di luar Jazirah Arab. Mesir menjadi daerah pertama yang dikuasai oleh kaum Muslim Arab pada tahun 640. Sejak saat itu, ibu kota Mesir, Kaherah dipenuhi dengan masjid. Lantaran itu, Kaherah dikenali dan diberi gelaran sebagai kota seribu menara. Beberapa masjid di Kaherah berfungsi sebagai sekolah Islam atau madrasah bahkan sebagai rumah sakit. Masjid di Cecilia dan Sepanyol pula tidak meniru reka bentuk binaan Visigoth, tetapi meniru ciri-ciri rekaan bangsa Moor. Para ilmuwan kemudian mengkaji dan berpendapat bahawa bentuk bangunan pra-Islam kemudian diubah menjadi bentuk rekaan dan seni bina Islam ala Andalus dan Magribi, seperti contoh lengkung tapal kuda di pintu-pintu masjid.
Menara Masjid Raya Xi'an di Xi'an, China |
Masjid pertama di China dibina pada abad ke-8 Masihi di Xi'an. Masjid Raya Xi’an, yang terakhir kali diubah suai pada abad ke-18 Masihi, mengikut reka bentuk China. Masjid di bahagian barat China seperti di daerah Xinjiang, didapati mengikut rekaan Arab yang terdapat kubah dan menara. Manakala di timur China seperti di daerah Beijing, mengandungi rekaan China.
Masjid mulai mempengaruhi dan tersebar di daerah India pada abad ke-16 semasa kerajaan Mugal berkuasa. Masjid di India mempunyai rekaan dan ciri-ciri kebiasaan yang ada pada masjid yang lain, seperti kubah yang berbentuk seperti bawang. Kubah jenis ini dapat dilihat di Masjid Jama, Delhi.
Masjid yang mula-mula dan pertama kali didirikan semasa Kesultanan Uthmaniyah pada abad ke-11 Masihi, dan pada saat itu orang-orang Turki mulai memeluk agama Islam. Beberapa masjid awal di Turki ialah Aya Sofya pada zaman Bizantium, bangunan Aya Sofya merupakan sebuah katedral. Kesultanan Uthmaniyah memiliki rekaan dan seni bina masjid yang unik, terdiri daripada kubah yang besar, menara dan bahagian luar gedung yang lapang. Masjid di Kesultanan Uthmaniyah biasanya mengkolaborasikan tiang-tiang yang tinggi, jalur-jalur kecil di antara shaf-shaf, dan langit-langit yang tinggi, serta menggabungkan mihrab dalam satu masjid. Hingga ke saat ini, Turki merupakan rumah daripada masjid yang berciri khas rekaan dan pengaruh darupada Uthmaniyah.
Secara tidak langsung, masjid mula menusuri ke beberapa bahagian di Eropah. Perkembangan dan pertambahan jumlah masjid secara pesat dan mendadak bermula seabad yang lalu, ketika banyak imigran Muslim yang masuk ke Eropah. Kota-kota besar di Eropah seperti Munich, London dan Paris memiliki masjid yang besar dengan kubah dan menara. Masjid ini biasanya terletak di daerah yang sesak dan pesat sebagai pusat komuniti dan kegiatan sosial untuk para muslim di daerah tersebut. Walau bagaimanapun, seseorang dapat menemukan sebuah masjid di Eropah apabila di sekitar daerah tersebut didiami dan dihuni oleh kaum Muslim dalam jumlah yang cukup banyak dan ramai. Masjid pertama kali muncul di Amerika Syarikat pada awal abad ke-20. Masjid yang pertama didirikan di Amerika Syarikat adalah di daerah Cedar Rapids, Iowa yang dibangunkan pada kurun akhir 1920an. Walau bagaimanapun, semakin banyak imigran Muslim yang datang ke Amerika Syarikat, terutama dari Asia Selatan, jumlah masjid di Amerika Syarikat bertambah secara drastik. Hal ini dapat dilihat melalui jumlah masjid pada waktu 1950 sekitar 2% daripada jumlah masjid di Amerika Syarikat pada tahun 1980 iaitu 50% jumlah masjid di Amerika Syarikat didirikan.
Perubahan tempat ibadah menjadi masjid
Masjid Umayyah di Damaskus, Suriah dahulu merupakan gereja Bizantium |
Masjid Ayasofya, dahulu merupakan gereja |
Menurut sejarawan Muslim, sebuah kota yang ditakluk dan ditawan tanpa perlawanan daripada penduduknya, maka pasukan Muslim membolehkan penduduk untuk tetap menggunakan gereja dan sinagog (kuil Yahudi) mereka. Tetapi, terdapat beberapa gereja dan sinagog (kuil Yahudi) yang beralih fungsi menjadi sebuah masjid dengan persetujuan daripada tokoh agama setempat. Misalnya, hal ini dapat dilihat pada perubahan fungsi Masjid Umaiyah, yang pada ketika itu khalifah Bani Umaiyah, Abdul Malik mengambil gereja Santo Yohannes pada tahun 705 daripada Umat Kristian. Kesultanan Uthmaniyah juga melakukan alih fungsi terhadap beberapa gereja, biara dan kapel di Istanbul termasuk gereja terbesar Ayasofya yang diubah menjadi masjid, setelah kejatuhan kota Konstantinopel pada tahun 1453 oleh Muhammad al- Fatih. Beberapa masjid lain juga didirikan di daerah suci milik Yahudi dan Kristian, seperti di Jerusalem. Penguasa Muslim di India juga membangunkan masjid hanya untuk memenuhi tugas mereka dalam bidang agama.
Sebaliknya, masjid juga dialihfungsikan menjadi tempat ibadah yang lain seperti gereja. Hal ini dilakukan oleh umat Kristian di Sepanyol yang berubah fungsi masjid di selatan Sepanyol menjadi kateral, berikutan keruntuhan kekuasaan Bani Umaiyah di Selatan Sepanyol. Masjid Agung Kordova sekarang dialihfungsikan menjadi sebuah gereja. Beberapa masjid di kawasanSemenanjng Iberia, Eropah Selatan dan India juga dialihfungsikan menjadi gereja atau pura setelah kekuasaan Islam tidak berkuasa lagi.
Fungsi keagamaan
Ibadah
Artikel utama untuk bahagian ini adalah: Solat
Semua muslim yang telah baligh atau dewasa harus menunaikan solat lima kali sehari. Walaupun beberapa masjid hanya dibuka pada hari Jumaat tetapi masjid yang lainnya menjadi tempat solat sehari-hari. Pada hari Jumaat, semua muslim lelaki yang telah dewasa diharuskan pergi ke masjid untuk menunaikan solat ke masjid, berdasarkan ayat al-Jum'ah ayat 9:
يا يها الذين امنوا اذا نودي لصلاة من يوم الجمعة فاسعوا الي ذكر الله
yang bermaksud bahawa orang beriman, ketika mendengarkan seruan azan untuk menunaikan solat Jumaat agar bersegera ke masjid untuk mengingati Allah.
Umat Muslim sedang melakukan solat di Masjid Umaiyah |
Solat jenazah juga biasanya diadakan di masjid. Solat jenazah dilakukan untuk muslim yang telah meninggal dunia dan dipimpin oleh seorang imam. Solat jenazah dilakukan di kawasan sekitar masjid. Ketika gerhana matahari muncul, kaum Muslimin juga mengadakan solat khusuf untuk mengingat kebesaran Allah. Pada dua hari raya atau 'idain iaitu Aidil Fitri dan Aidil Adha, umat Muslim juga menunaikan solat. Biasanya, beberapa masjid kecil di daerah Eropah atau Amerika Syarikat akan menyewa sebuah gedung pertemuan untuk melakukan dan menunaikan solat hari raya. Di Indonesia, Solat Hari Raya biasanya dilakukan di lapangan terbuka yang bersih dan sekitar masjid.
Kegiatan bulan Ramadan
Masjid, pada bulan Ramadan, memudahkan dan meringankan beban umat Muslim untuk beribadah pada bulan Ramadan. Kebiasaannya, masjid akan dipenuhi pada minggu pertama Ramadan. Pada bulan Ramadan, masjid-masjid biasanya mengadakan dan menjalankan acara pengajian yang mendapat sambutan daripada masyarakat. Tradisi lainnya adalah menyediakan iftar atau makanan berbuka puasa. Terdapat beberapa masjid yang juga menyediakan makanan untuk bersahur. Masjid-masjid juga biasanya mengundang kaum fakir miskin untuk datang menikmati sahur atau iftar di masjid. Hal ini dilakukan sebagai amal kebajikan pada bulan Ramadan.
Pada waktu malam setelah solat Isyak ditunaikan, umat Muslim disunatkan untuk melakukan solat Tarawih berjemaah di masjid. Setelah solat Tarawih, ada beberapa orang yang akan membacakan Al-Qur'an. Pada sepuluh hari terakhir pada bulan Ramadan, masjid-masjid besar akan melakukan I'tikaf, iaitu sunnah Nabi Muhammad s.a.w. untuk berdiam diri di Masjid (mengkhususkan hari-hari terakhir Ramadan agar digunakan bagi meningkatkan amal ibadah) dan memperbanyakkan mengingat Allah s.w.t.
Amal
Rukun ketiga dalam Islam adalah menunaikan zakat. Setiap muslim yang mampu, wajib menzakatkan hartanya sebanyak seperlima daripada jumlah hartanya. Masjid sebagai pusat daripada komuniti umat Islam, menjadi tempat penyaluran zakat bagi anak-anak yatim piatu dan fakir miskin. Semasa Aidil Fitri, masjid menjadi tempat penyaluran zakat fitrah.
Fungsi sosial
Masjid Martapura pada masa penjajahan. Sebahagian daripada masjid di kota Indonesia. |
Pusat kegiatan masyarakat
Banyak pemimpin Muslim setelah wafatnya Nabi Muhammad s.a.w, berlumba-lumba untuk membangunkan masjid. Seperti kota Makkah dan Madinah yang terbina di sekitar Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, kota Karbala juga dibina berhampiran makam Husin Bin Ali. Kota Isfahan, Iran terkenal dengan Masjid Imam-nya yang menjadi pusat kegiatan masyarakat. Pada akhir abad ke-17, Syah Abas I dari Dinasti Safawi di Iran mengubah kota Isfahan menjadi salah satu kota terulung di dunia dengan membina Masjid Syah dan Masjid Syaikh Lutfallah di pusat kota. Hal ini menjadikan kota Isfahan memiliki kawasan pusat kota yang terbesar di dunia. Kawasan ini bukan sahaja berfungsi sebagai pasar, malahan berfungsi sebagai tempat olahraga.
Masjid di daerah Amerika Syarikat dibangunkan dengan sangat pesat. Masjid biasanya digunakan sebagai tempat berkumpul umat Islam. Kebiasaannya perkembangan dan pertambahan jumlah masjid di kawasan pinggir bandar, lebih besar jika dibanding di kawasan bandar. Masjid dibangun agak jauh dari pusat bandar.
Pendidikan
Madrasah Ulugh Beg, yang termasuk dalam kompleks masjid di Samarkand, Uzbekistan. |
Selain itu, fungsi utama masjid yang lain adalah sebagai tempat pendidikan. Beberapa masjid, terutama masjid yang didanai oleh pemerintah, biasanya menyediakan tempat belajar yang kondusif tidak kira sama ada ilmu keislaman mahupun ilmu umum. Sekolah ini terdiri daripada pelajar dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah, walaupun ada beberapa sekolah yang menyediakan pengajian peringkat yang lebih tinggi. Beberapa masjid pada kebiasaannya menyediakan pendidikan separuh waktu atau sesi, biasanya setelah subuh sehinggalah ke tengah hari. Pendidikan di masjid ditujukan untuk semua lapisan usia, dan mencakupi seluruh pelajaran, bermula daripada keislaman hingga ke bidang sains. Selain itu, tujuan adanya pendidikan di masjid adalah untuk mendekatkan generasi muda terutamanya golongan remaja kepada masjid. Pelajaran membaca al-Qu’ran dan bahasa Arab acap kali dijadikan pelajaran di beberapa negara berpenduduk Muslim di daerah luar Arab, termasuk Malaysia dan Indonesia . Kelas-kelas untuk mualaf, atau orang yang baru masuk Islam juga disediakan di masjid-masjid di Eropah dan Amerika Syarikat, seperti yang kita ketahui, perkembangan agama Islam berkembang dengan sangat pesat dan rancak bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Beberapa masjid juga menyediakan pengajaran dan pembelajaran tentang hukum Islam secara mendalam. Madrasah, walaupun letaknya agak berpisah daripada masjid, tapi tersedia bagi umat Islam untuk mempelajari ilmu keislaman.
Kegiatan dan pengumpulan dana
Masjid juga menjadi tempat kegiatan untuk mengumpulkan dana. Masjid juga sering mengadakan bazar, tempat bagi umat Islam membeli alat-alat ibadah mahupun buku-buku islamiah. Masjid juga menjadi tempat untuk akad nikah, seperti tempat ibadah agamayang lain.
Masjid dan politik
Pada penghujung abad ke-20, peranan masjid sebagai tempat berpolitik mulai meningkat. Pada ketika ini, penyertaan masyarakat mulai menjadi agenda utama masjid-masjid di daerah Barat. Oleh sebab melihat masyarakat sekitar amat penting, masjid-masjid digunakan sebagai tempat perbincangan dan diskusi damai antara umat Islam dengan bukan Islam.
Masjid Raya Paris |
Bantuan
Negara yang mempunyai dan mencatat jumlah penduduk Muslimnya yang sangat sedikit, kebiasaannya organisasi masjid turut membantu dalam hal-hal masyarakat, misalnya memberikan fasiliti dan kemudahan pendaftaran pemilih untuk kepentingan pengundi. Pendaftaran pemilih ini melibatkan masyarakat Islam yang tinggal di sekitar masjid. Beberapa masjid juga sering turut serta dalam demonstrasi dan kegiatan politik yang lain.
Selain itu, peranan masjid dalam dunia politik terlihat di bahagian lain di dunia.Sebagai contoh, mengenai peristiwa pengeboman Masjid al-Askari di Iraq pada bulan Februari 2006, imam-imam dan khatib di Masjid al-Askari menggunakan masjid sebagai tempat untuk menyeru ke arah perdamaian di tengah—tengah kerusuhan di Iraq.
Subscribe to:
Posts (Atom)