Monday 21 February 2011

ABSTRAK

ABSTRAK

TAJUK
Sejarah Penubuhan, Peranan dan Kegiatan Agama di Masjid di Kariah Saya.

Sejarah merupakan pembelajaran mengenai masa lampau terutamanya menggunakan catatan bertulis. Teknologi baru seperti fotografi dan teks fail komputer juga digunakan untuk mengarkib sumber. Apabila berbincang mengenai bidang kajian, sejarah merujuk kepada sejarah manusia yang berkenaan catatan mengenai masyarakat lampau. Mereka yang mengkaji sejarah dikenali sebagai ahli sejarah atau pakar sejarah. Pakar sejarah menggunakan pelbagai sumber termasuk penulisan atau bahan bercetak, temuramah yakni berupa sejarah lisan dan arkeologi. Pendekatan berbeza mungkin lebih kerap digunakan, bergantung kepada tempoh masa kajian tersebut dibuat. Sejarah yang berlaku sebelum rekod manusia dikenali sebagai pra-sejarah. Penubuhan pula membawa maksud perihal menubuhkan sesuatu syarikat, persatuan, bangunan dan lain-lain. Peranan juga memberi erti bahagian yang dipegang tidak kira sama ada sandiwara, pekerjaan mahupun tugas. Kegiatan merupakan perihal atau keadaan giat, kecergasan atau perkataan lain adalah aktiviti. Manakala, definisi agama pula ialah kepercayaan pada Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya, kepercayaan pada yang Maha Kuasa, dan menurut sumber yang lain pula ialah kepercayaan pada sesuatu dewa dan lain-lain yang dipuja dan sebagainya dan dianggap sebagai sesuatu yang amat berkuasa. Pengertian kariah pula bermaksud kawasan yang didiami oleh penduduk yang berkongsi masjid atau surau seperti yang terkandung dalam persoalan yang perlu saya kupas. Masjid (مسجد) ialah rumah, tempat ibadah umat Muslim. Masjid ialah tempat beribadat yang khusus, seperti solat dan iktikaf bagi orang Islam. Dari sudut bahasa,"masjid" bermaksud tempat bersujud. Akar kata daripada masjid adalah sajada yang membawa erti sujud atau tunduk. Kata masjid sendiri berakar daripada bahasa Aram. Kata masgid (m-s-g-d) ditemukan dalam sebuah inskripsi dari abad ke-5 sebelum Masihi. Kata masgid (m-s-g-d) ini bererti "tiang suci" atau "tempat sembahan". Kata masjid dalam Bahasa Inggeris disebut mosque. Kata mosque ini berasal daripada kata mezquita dalam bahasa Sepanyol. Dan kata mosque kemudian menjadi popular dan dipakai dalam bahasa Inggeris secara luas. Manakala, masjid yang agak kecil saiznya, disebut musholla, langgar dan atau surau. Selain tempat ibadah, masjid juga merupakan pusat kehidupan komuniti muslim. Kegiatan - kegiatan perayaan hari besar, perbincangan atau musyawarah, kajian agama, ceramah dan pembacaan serta pembelajaran Al-Qur'an sering dilaksanakan di masjid. Bahkan dalam sejarah Islam, masjid turut memegang peranan dalam aktiviti sosial kemasyarakatan hingga ke soal ketenteraan. Bangunan ini juga merupakan pusat kebudayaan, muamalat, dan perkembangan dakwah Islamiah serta pusat aktiviti umat Islam. Masjid tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, tetapi bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat. Sejak zaman permulaan Islam lagi (Rasulullah s.a.w.), kemajuan umat dan gerakan Islam semuanya bermula daripada masjid. Masjid telah dijadikan sebagai tempat untuk berkumpul, bertukar pendapat dan merancang strategi yang tidak terhad kepada bidang dakwah malah perdagangan, perundangan dan penyebaran ilmu serta pelbagai lagi. Terdapat beberapa pertikaian mengenai takrif masjid. Ada mereka yang mengistilahkan semua tempat bersolat sebagai masjid. Bagaimanapun, takrif yang biasanya diterima guna adalah bahawa masjid merupakan tempat khas untuk bersolat dan telah digunakan untuk solat Jumaaat melebihi tiga kali. Tempat solat yang tidak mengadakan solat Jumaat lebih dikenali sebagai surau atau musalla. Ada 3 masjid utama yang dimuliakan umat Islam :
  1. Masjidil Haram di Makkah - tempat Ka'bah, kiblat solat umat Islam.
  2. Masjid Nabawi di Madinah.
  3. Masjidil Aqsa di Al-Quds (Jerusalem), Palestin.
Di Malaysia, pembahagian tempat beribadat dibahagikan kepada beberapa pecahan iaitu:-
  1. Masjid Negara
  2. Masjid Negeri
  3. Masjid Daerah
  4. Masjid Qaryah
  5. Surau

No comments:

Post a Comment