Monday 21 February 2011

KONSEP MASJID

KONSEP MASJID

Sejarah Masjid
Masjid Raya Baiturrahman, Banda Aceh
                        
Menara-menara serta kubah masjid yang besar, seakan-akan menjadi saksi betapa gemilang dan jayanya Islam pada abad pertengahan. Masjid telah melalui serangkaian tahun-tahun terpanjang dalam penulisan sejarah sehingga sekarang. Mulai daripada Perang Salib sehingga Perang Teluk. Selama lebih daripada 1000 tahun pula, seni bina dan rekaan masjid perlahan-lahan mulai menyesuaikan bangunan masjid dengan reka bentuk yang lebih moden.

Masjid pertama
Ketika Nabi Muhammad s.a.w. tiba di Madinah, baginda memutuskan untuk membina sebuah masjid, yang kini dikenali dengan nama Masjid Nabawi, yang bermaksud Masjid Nabi. Masjid Nabawi terletak di pusat Madinah. Masjid Nabawi dibangun di sebuah lapangan yang luas. Di Masjid Nabawi, juga terdapat mimbar yang sering dipakai oleh Nabi Muhammad s.a.w. Masjid Nabawi menjadi jantung kota Madinah pada saat itu. Masjid ini digunakan untuk kegiatan politik, perancangan kota, menentukan strategi tentera dan untuk mengadakan perjanjian. Bahkan, di kawasan sekitar masjid digunakan sebagai tempat tinggal sementara oleh orang-orang fakir miskin.
Pada masa ini, Masjidil Haram, Masjid an-Nabawi dan Masjid al-Aqsa adalah tiga buah masjid tersuci di dunia.

Penyebaran masjid
Masjid kemudiannya dibina dan dibangunkan di daerah luar Semenanjung Arab, seiring dengan kaum Muslim yang bermukim di luar Jazirah Arab. Mesir menjadi daerah pertama yang dikuasai oleh kaum Muslim Arab pada tahun 640. Sejak saat itu, ibu kota Mesir, Kaherah dipenuhi dengan masjid. Lantaran itu, Kaherah dikenali dan diberi gelaran sebagai kota seribu menara. Beberapa masjid di Kaherah berfungsi sebagai sekolah Islam atau madrasah bahkan sebagai rumah sakit. Masjid di Cecilia dan Sepanyol pula tidak meniru reka bentuk binaan Visigoth, tetapi meniru ciri-ciri rekaan bangsa Moor. Para ilmuwan kemudian mengkaji dan berpendapat  bahawa bentuk bangunan pra-Islam kemudian diubah menjadi bentuk rekaan dan seni bina Islam ala Andalus dan Magribi, seperti contoh lengkung tapal kuda di pintu-pintu masjid.

Menara Masjid Raya Xi'an di Xi'an, China
                              
Masjid pertama di China dibina pada abad ke-8 Masihi di Xi'an. Masjid Raya Xi’an, yang terakhir kali diubah suai pada abad ke-18 Masihi, mengikut reka bentuk China. Masjid di bahagian barat China seperti di daerah Xinjiang, didapati mengikut rekaan Arab yang terdapat kubah dan menara. Manakala di timur China seperti di daerah Beijing, mengandungi rekaan China.
Masjid mulai mempengaruhi dan tersebar di daerah India pada abad ke-16 semasa kerajaan Mugal berkuasa. Masjid di India mempunyai rekaan dan ciri-ciri kebiasaan yang ada pada masjid yang lain, seperti kubah yang berbentuk seperti bawang. Kubah jenis ini dapat dilihat di Masjid Jama, Delhi.

Masjid yang mula-mula dan pertama kali didirikan semasa Kesultanan Uthmaniyah pada abad ke-11 Masihi, dan pada saat itu orang-orang Turki mulai memeluk agama Islam. Beberapa masjid awal di Turki ialah Aya Sofya  pada zaman Bizantium, bangunan Aya Sofya merupakan sebuah katedral. Kesultanan Uthmaniyah memiliki rekaan dan seni bina masjid yang unik, terdiri daripada kubah yang besar, menara dan bahagian luar gedung yang lapang. Masjid di Kesultanan Uthmaniyah biasanya mengkolaborasikan tiang-tiang yang tinggi, jalur-jalur kecil di antara shaf-shaf, dan langit-langit yang tinggi, serta menggabungkan mihrab dalam satu masjid. Hingga ke saat ini, Turki merupakan rumah daripada masjid yang berciri khas rekaan dan pengaruh darupada Uthmaniyah.

Secara tidak langsung, masjid mula menusuri ke beberapa bahagian di Eropah. Perkembangan dan pertambahan jumlah masjid secara pesat dan mendadak  bermula seabad yang lalu, ketika banyak imigran Muslim yang masuk ke Eropah. Kota-kota besar di Eropah seperti Munich, London dan  Paris memiliki masjid yang besar dengan kubah dan menara. Masjid ini biasanya terletak di daerah yang sesak dan pesat sebagai pusat komuniti dan kegiatan sosial untuk para muslim di daerah tersebut. Walau bagaimanapun, seseorang dapat menemukan sebuah masjid di Eropah apabila di sekitar daerah tersebut didiami dan dihuni oleh kaum Muslim dalam jumlah yang cukup banyak dan ramai. Masjid pertama kali muncul di Amerika Syarikat pada awal abad ke-20. Masjid yang pertama didirikan di Amerika Syarikat adalah di daerah Cedar Rapids, Iowa yang dibangunkan pada kurun akhir 1920an. Walau bagaimanapun, semakin banyak imigran Muslim yang datang ke Amerika Syarikat, terutama dari Asia Selatan, jumlah masjid di Amerika Syarikat bertambah secara drastik. Hal ini dapat dilihat melalui jumlah masjid pada waktu 1950 sekitar 2% daripada jumlah masjid di Amerika Syarikat pada tahun 1980 iaitu 50% jumlah masjid di Amerika Syarikat didirikan.


Perubahan tempat ibadah menjadi masjid
Masjid Umayyah di Damaskus, Suriah dahulu merupakan gereja Bizantium
                        
Masjid Ayasofya, dahulu merupakan gereja
                                                
 Menurut sejarawan Muslim, sebuah kota yang ditakluk dan ditawan tanpa perlawanan daripada penduduknya, maka pasukan Muslim membolehkan penduduk untuk tetap menggunakan gereja dan sinagog (kuil Yahudi) mereka. Tetapi, terdapat beberapa gereja dan sinagog (kuil Yahudi) yang beralih fungsi menjadi sebuah masjid dengan persetujuan daripada tokoh agama setempat. Misalnya, hal ini dapat dilihat pada perubahan fungsi Masjid Umaiyah, yang pada ketika itu khalifah Bani Umaiyah, Abdul Malik mengambil gereja Santo Yohannes pada tahun 705 daripada Umat Kristian. Kesultanan Uthmaniyah juga melakukan alih fungsi terhadap beberapa gereja, biara dan kapel di Istanbul termasuk gereja terbesar Ayasofya yang diubah menjadi masjid, setelah kejatuhan kota Konstantinopel pada tahun 1453 oleh Muhammad al- Fatih. Beberapa masjid lain juga didirikan di daerah suci milik  Yahudi dan Kristian, seperti di Jerusalem. Penguasa Muslim di India juga membangunkan masjid hanya untuk memenuhi tugas mereka dalam bidang agama.
Sebaliknya, masjid juga dialihfungsikan menjadi tempat ibadah yang lain seperti gereja. Hal ini dilakukan oleh umat Kristian di Sepanyol yang berubah fungsi masjid di selatan Sepanyol menjadi kateral, berikutan keruntuhan kekuasaan Bani Umaiyah di Selatan Sepanyol. Masjid Agung Kordova sekarang dialihfungsikan menjadi sebuah gereja. Beberapa masjid di kawasanSemenanjng Iberia, Eropah Selatan dan India juga dialihfungsikan menjadi gereja atau pura setelah kekuasaan Islam tidak berkuasa lagi.


Fungsi keagamaan
Ibadah
Artikel utama untuk bahagian ini adalah: Solat
Semua muslim yang telah baligh atau dewasa harus menunaikan solat lima kali sehari. Walaupun beberapa masjid hanya dibuka pada hari Jumaat tetapi masjid yang lainnya menjadi tempat solat sehari-hari. Pada hari Jumaat, semua muslim lelaki yang telah dewasa diharuskan pergi ke masjid untuk menunaikan solat ke masjid, berdasarkan ayat al-Jum'ah ayat 9:

يا يها الذين امنوا اذا نودي لصلاة من يوم الجمعة فاسعوا الي ذكر الله
yang bermaksud bahawa orang beriman, ketika mendengarkan seruan azan untuk menunaikan solat Jumaat agar bersegera ke masjid untuk mengingati Allah.




Umat Muslim sedang melakukan solat di Masjid Umaiyah

Solat jenazah juga biasanya diadakan di masjid. Solat jenazah dilakukan untuk muslim yang telah meninggal dunia dan dipimpin oleh seorang imam. Solat jenazah dilakukan di kawasan sekitar masjid. Ketika gerhana matahari muncul, kaum Muslimin juga mengadakan solat khusuf untuk mengingat kebesaran Allah. Pada dua hari raya atau 'idain  iaitu Aidil Fitri dan Aidil Adha, umat Muslim juga menunaikan solat. Biasanya, beberapa masjid kecil di daerah Eropah atau Amerika Syarikat akan menyewa sebuah gedung pertemuan untuk melakukan dan menunaikan solat hari raya. Di Indonesia, Solat Hari Raya biasanya dilakukan di lapangan terbuka yang bersih dan sekitar masjid.

Kegiatan bulan Ramadan
Masjid, pada bulan Ramadan, memudahkan dan meringankan beban umat Muslim untuk beribadah pada bulan Ramadan. Kebiasaannya, masjid akan dipenuhi pada minggu pertama Ramadan. Pada bulan Ramadan, masjid-masjid biasanya mengadakan dan menjalankan acara pengajian yang mendapat sambutan daripada masyarakat. Tradisi lainnya adalah menyediakan iftar atau makanan berbuka puasa. Terdapat beberapa masjid yang juga menyediakan makanan untuk bersahur. Masjid-masjid juga biasanya mengundang kaum fakir miskin untuk datang menikmati sahur atau iftar di masjid. Hal ini dilakukan sebagai amal kebajikan pada bulan Ramadan.

Pada waktu malam setelah solat Isyak ditunaikan, umat Muslim disunatkan untuk melakukan solat Tarawih berjemaah di masjid. Setelah solat Tarawih, ada beberapa orang yang akan membacakan Al-Qur'an. Pada sepuluh hari terakhir pada bulan Ramadan, masjid-masjid besar akan melakukan I'tikaf, iaitu sunnah Nabi Muhammad s.a.w. untuk berdiam diri di Masjid (mengkhususkan hari-hari terakhir Ramadan agar digunakan bagi meningkatkan amal ibadah) dan memperbanyakkan mengingat Allah s.w.t. 

Amal
Rukun ketiga dalam Islam adalah menunaikan zakat. Setiap muslim yang mampu, wajib menzakatkan hartanya sebanyak seperlima daripada jumlah hartanya. Masjid sebagai pusat daripada komuniti umat Islam, menjadi tempat penyaluran zakat bagi anak-anak yatim piatu dan fakir miskin. Semasa Aidil Fitri, masjid menjadi tempat penyaluran zakat fitrah.



 Fungsi sosial
Masjid Martapura pada masa penjajahan. Sebahagian daripada masjid di kota Indonesia.
                 
Pusat kegiatan masyarakat
Banyak pemimpin Muslim setelah wafatnya Nabi Muhammad s.a.w, berlumba-lumba untuk membangunkan masjid. Seperti kota Makkah dan  Madinah yang terbina di sekitar Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, kota Karbala juga dibina berhampiran makam Husin Bin Ali. Kota Isfahan, Iran terkenal dengan Masjid Imam-nya yang menjadi pusat kegiatan masyarakat. Pada akhir abad ke-17, Syah Abas I dari Dinasti Safawi di Iran mengubah kota Isfahan menjadi salah satu kota terulung di dunia dengan membina Masjid Syah dan Masjid Syaikh Lutfallah di pusat kota. Hal ini menjadikan kota Isfahan memiliki kawasan pusat kota yang terbesar di dunia. Kawasan ini bukan sahaja berfungsi sebagai pasar, malahan berfungsi sebagai tempat olahraga.
Masjid di daerah Amerika Syarikat dibangunkan dengan sangat pesat. Masjid biasanya digunakan sebagai tempat berkumpul umat Islam. Kebiasaannya perkembangan dan pertambahan jumlah masjid di kawasan pinggir bandar, lebih besar jika dibanding di kawasan bandar. Masjid dibangun agak jauh dari pusat bandar. 


Pendidikan
Madrasah Ulugh Beg, yang termasuk dalam kompleks masjid di Samarkand, Uzbekistan.

Selain itu, fungsi utama masjid yang lain adalah sebagai tempat pendidikan. Beberapa masjid, terutama masjid yang didanai oleh pemerintah, biasanya menyediakan tempat belajar yang kondusif tidak kira sama ada ilmu keislaman mahupun ilmu umum. Sekolah ini terdiri daripada pelajar dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah, walaupun ada beberapa sekolah yang menyediakan pengajian peringkat yang lebih tinggi. Beberapa masjid pada kebiasaannya menyediakan pendidikan separuh waktu atau sesi, biasanya setelah subuh sehinggalah ke tengah hari. Pendidikan di masjid ditujukan untuk semua lapisan usia, dan mencakupi seluruh pelajaran, bermula daripada keislaman hingga ke bidang sains. Selain itu, tujuan adanya pendidikan di masjid adalah untuk mendekatkan generasi muda terutamanya golongan remaja kepada masjid. Pelajaran membaca al-Qu’ran dan bahasa Arab acap kali dijadikan pelajaran di beberapa negara berpenduduk Muslim di daerah luar Arab, termasuk Malaysia dan Indonesia . Kelas-kelas untuk mualaf, atau orang yang baru masuk Islam juga disediakan di masjid-masjid di Eropah dan Amerika Syarikat, seperti yang kita ketahui, perkembangan agama Islam berkembang dengan sangat pesat dan rancak bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Beberapa masjid juga menyediakan pengajaran dan pembelajaran  tentang hukum Islam secara mendalam. Madrasah, walaupun letaknya agak berpisah daripada masjid, tapi tersedia bagi umat Islam untuk mempelajari ilmu keislaman.

Kegiatan dan pengumpulan dana
Masjid juga menjadi tempat kegiatan untuk mengumpulkan dana. Masjid juga sering mengadakan bazar, tempat bagi umat Islam membeli alat-alat ibadah mahupun buku-buku islamiah. Masjid juga menjadi tempat untuk akad nikah, seperti tempat ibadah agamayang lain.

Masjid dan politik
Pada penghujung abad ke-20, peranan masjid sebagai tempat berpolitik mulai meningkat. Pada ketika ini, penyertaan masyarakat mulai menjadi agenda utama masjid-masjid di daerah Barat. Oleh sebab melihat masyarakat sekitar amat penting, masjid-masjid digunakan sebagai tempat perbincangan dan diskusi damai antara umat Islam dengan bukan Islam.
Masjid Raya Paris
                                                                   

Bantuan
Negara yang mempunyai dan mencatat jumlah penduduk Muslimnya yang sangat sedikit, kebiasaannya organisasi masjid turut membantu dalam hal-hal masyarakat, misalnya memberikan fasiliti dan kemudahan pendaftaran pemilih untuk kepentingan pengundi. Pendaftaran pemilih ini melibatkan masyarakat Islam yang tinggal di sekitar masjid. Beberapa masjid juga sering turut serta dalam demonstrasi dan kegiatan politik yang lain.
Selain itu, peranan masjid dalam dunia politik terlihat di bahagian lain di dunia.Sebagai contoh, mengenai peristiwa pengeboman Masjid al-Askari di Iraq pada bulan Februari 2006, imam-imam dan khatib di Masjid al-Askari menggunakan masjid sebagai tempat untuk menyeru ke arah perdamaian di tengah—tengah kerusuhan di Iraq.

No comments:

Post a Comment