Monday 21 February 2011

PENDAHULUAN


PENDAHULUAN


Segala puji dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan kehendak-Nya, tugasan mengenai sejarah penubuhan, peranan dan kegiatan agama di masjid di kariah saya ini dapat diselesaikan dan dilengkapkan menepati masa yang telah diperuntukkan. Secara intihanya, tugasan ini adalah bertujuan untuk melestarikan tuntutan agar masyarakat didedahkan mengenai kronologi sejarah penubuhan sesebuah masjid di kariah mereka, sekali gus mengetahui peranan dan kegiatan agama yang acap kali diadakan dan dianjurkan oleh institusi keagamaan di kariah masing-masing tanpa ketinggalan untuk turut serta dalam aktiviti berkenaan. Secara tidak langsung, saya juga diberi kesempatan untuk mengenali dengan lebih dekat mengenai sejarah sebenar penubuhan masjid di kariah saya dan mengetahui lebih lanjut tentang fungsi utama tertubuhnya sebuah masjid serta mengetahui serba sedikit mengenai aktiviti-aktiviti yang pernah dijalankan dan sedia ada di kawasan tempat tinggal saya. 

Pada awal kajian mengenai tugasan ini, saya telah pergi ke pejabat imam di masjid dalam kariah saya untuk mendapatkan informasi yang lebih mendalam mengenai organisasi masjid yang terdiri daripada ahli jawatankuasa yang menetap berdekatan dengan kawasan masjid ini sahaja. Rentetan daripada itu, alhamdulillah, tugasan ini menjadi lebih mudah bagi saya kerana saya diberi peluang untuk ke rumah imam, Muhamad Hafidz Hakimy Bin Md. Ariff  dan bilal, Hasbullah Bin Abu Hasan @ Hassan untuk menemu bual mereka bagi melengkapkan lagi maklumat yang saya perlukan mengenai sejarah penubuhan, peranan serta kegiatan agama yang berjalan di kawasan tempat tinggal dan komuniti saya ini. Di samping itu, saya juga ada mengambil beberapa keping gambar di perkarangan masjid dalam kariah saya serta beberapa keping lagi yang menyentuh mengenai aktiviti kemasyarakatan serta kegiatan yang berkaitan yang telahpun mendapat sambutan daripada komuniti dan masyarakat di sini umumnya. Gambar-gambar tersebut ada saya selitkan pada bahagian lampiran sebagai bahan rujukan.

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Abdul Aziz Bin Harjin selaku pensyarah CTU yang telah banyak memberi ilmu pengetahuan dan tunjuk ajar kepada saya dalam proses menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada sahabat-handai yang tidak jemu-jemu memberi penerangan dan pandangan mereka. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada kedua-dua ibu dan bapa saya yang telah banyak memberi dorongan dan sokongan kepada saya serta banyak menitipkan kata-kata semangat kepada saya serta kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang bertungkus-lumus dalam menjayakan tugasan ini.

Akhir sekali, saya memanjatkan sekali lagi rasa syukur kepada Ilahi kerana perjalanan untuk melaksanakan tugasan ini berjalan dengan lancer dan saya amat berharap agar hasil tugasan saya yang kerdil ini dapat memberi sedikit sebanyak impak positif dan pendorong kepada golongan muda untuk lebih mendekatkan diri untuk mengenali dan berkunjung ke masjid.

No comments:

Post a Comment